Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, February 3, 2011

03022011

kongsipachai!
hari ni cina raya..
hari ni saya cuti
kamu-kamu semua pon cuti..
tak perlu nak ambik2 MC apa semua okay..
=)

cuti saya diisi dengan menghadiri undangan majlis perkahwinan..
majlis perkahwinan yang tidak diundang pon saya pergi!
haisy!tak malu betul..
tapi, nak buat macam mana..
I sebagai peneman setia..huhu..

tapi kan, korang perasan x..
kebanyakkan majlis kahwin yang di handle sepenuhnya oleh wedding planner, mesti macam ada something wrong kan..
jangan lah korang dok compare hok majlis kahwin artis2 bagai tu..
memang TAK! lah..

ni majlis2 kahwin orang kebanyakkan..
eh!ada ke istilah orang kebanyakkan?
maaf lah, saya lecturer architecture, bukan cikgu BM, hehe..

contoh 'something wrong' tu macam majlis tu suam2 kuku jer..
iyelah, yang handle orang luar, bukan ahli keluarga kita..
jadi mereka hanya meletakkan anggaran tetamu yang datang mengikut apa yang client dia inform lah..
kalau ahli keluarga kita yang handle semua, kita tau berapa ramai bakal tetamu kita, siapa bakal2 tetamu kita, kaaann...

bila wedding planner tak kenal bakal hadirin, dan tak tahu berapa ramai anggaran tetamu yang akan datang, maka seringkali lah terjadi kejadian, makanan tak cukup, makanan tak menyelerakan dan sebagai-bagainya lah..
kejadian makanan tak cukup selalu terjadi bila kedatangan tetamu melebihi dari yang dijangka. kadang2, tak tau nak salahkan siapa..either client yang salah information or pihak catering yang tak reti bajet..okay, kata kan macam ni, client inform, tetamu mereka adalah seramai 700 orang, dan catering akan menyediakan makanan hanya untuk 700 orang SAHAJA!..adakah benar tetamu nye 700 orang atau lebih?? mengikut pengalaman cetek saya, tetamu mereka mesti LEBIH dari 700!!
mestilah, anak2 kecik, cucu cicit apa semua mereka nak hangkut kan,,tu tak kira lagi tetamu tak diundang macam saya ni..hehehe..jadi, bagaimana cara untuk mengelakkan kejadian tersebut terjadi??

di sini ada dua cara
1. mungkin pihak tuan rumah harus pandai dalam menangani insiden di luar jangkaan sebegini. dalam zaman modern masa kini, orang semua nak cepat, mudah dan teratur. jadi mereka mengambil jalan senang untuk menggunakan khidmat catering dan wedding planner dalam majlis2 sebegini. tetapi harus diingat, pihak caterer dan wedding planner ini adalah business! jadi, every little thing is money! kita jangan anggap kalau kite order makanan untuk 700tetamu, mereka baik hati beri untuk 800tetamu..maka, pihak tuan rumah haruslah menyediakan makanan sampingan atau backup dishes bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini

2. kalau dah alang2 guna khidmat caterer tu, order je lah lebih kan..kalau berlebih makanan tu, bagi lah tetamu istimewa bawa pulang..apa susah..hehe..

contoh kedua 'something wrong' berikutnya adalah makanan yang tidak menyelerakan!..selalu sangat lah ni terjadi terutama yang guna catering..bukan nak salahkan catering. kalau diorang tak reti masak, diorang takkan jadi caterer lah! disini saya mahu salahkan pihak tuan rumah!!wah!lantang bersuara ye!
hehe..
bukan lah nak salahkan apa..dalam mengadakan satu majlis keramaian, memang lah ada serba sedikit kekurangan kan..biase lah tu..cuma, ini sebagai langkah beringat je..kalau kita gunakan khidmat catering, memang memudahkan kerja kita sebagai tuan rumah, yang mana kita tak perlu pikir nak beli barang, nak masak, nak kemas, blablabla kan..cuma pilih menu, order tau2 je siap!!
tapi, kita kena tahu siapa tetamu kita, terdiri dari kebanyakkannya saudara terdekat ke, orang kampung ke, orang bandar ke..ye!tu semua kena ambil kire! sebab selera bermacam2..tapi, kita ambil yang majoriti lah..dan ketahui selera mereka..jangan lah semua menu hanya untuk orang tua jer..nowadays, saya perasan, golongan muda ramaaaai sgt yang suka attend majlis2 kahwin ni..kalau dulu, masa kecik2, pergi kenduri kahwin, semua orang tua2 je kot kat kenduri tu, haha..
kita try pelbagaikan menu..yang sesuai untuk semua golongan..jadi, insyaallah majlis berjalan dengan lancar..hehe...peace!!

'something wrong' yang seterusnya adalah, ermmm..okay, macam ni, saya beri satu situasi..
tetamu pun tiba di majlis perkahwinan tersebut..majlis dijalankan di dewan. mungkin tuan rumah mahukan kelainan atau, kawasan rumah mereka tidak sesuai untuk mengadakan majlis2 sebegini. setelah tetamu tadi parking kereta, mereka pon jalan beriringan ke dalam dewan sambil berbual2...
tetamu A : eh, dah sampai ke pengantin?
tetamu B: entah..tak nampak pon ada orang ramai2..
tetamu A : jom lah masuk, entah2 dah sampai..
tetamu B : macam tak meriah je kan..sunyi jer..
okay, itu contoh perbualan sahaja..tp kejadian sebegitu tidak mustahil berlaku..sebab, majlis perkahwinan yang dijalankan di dewan memang sedemikian lah rupanya. meriahnye di dalam dewan sahaja..senang kata, aura majlis kahwin tu tak kuat sangat lah kalau nak dibandingkan dengan majlis yang dijalankan di rumah, kalau di rumah, jauh sebatu pon orang dah nampak dah kuncung2 khemah kan..hehe..

 outfit for today!!ingat ye, pakaian pergi majlis kahwin, jgn over!simple and nice!                  

habis makan2, lepak2 kat putrajaya..saje amek angin petang kan..

kasut baru!!..tapi kasut ini sakit dan menyakitkan..tapi dia telah membuatkan saya tinggi!!
          

   gambar pre-wedding dalam kereta..wuahahahaha..berangan!


          
a'ah..memang takde gambar dengan pengantin..kan saya dah kata, majlis tu saya tidak berapa diundang sangat..kihkihkih..jadi, saya malu nak bergambar dengan pengantin..nanti pengantin buat muka macam, "eh!siapa dia ni?aku ada jemput ke?..*perempuan bermuka-muka!"..hahahaha..hanya aku yang faham..





2 comments:

pareed omey said...

haha.semlm bru je g kenduri kawen yg xcukup mknn.nasib dpn umah je.sempat le den makan

aku said...

hahaha..kaaan..tapi kalau kenduri depan rumah, kita boleh tau bile lauk dah siap hidang je, terus serbu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...