Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, July 29, 2010

10 perkara terpelik yang terbaik minggu ini!!

pernah tak kau orang tengok cerita kartun hagemaru?.yang dekat saluran Ceria tu..alaaa kartun yang ada rambut 3helai tu..yang lidah dia selalu terkeluar ke atas tu..yang kening tebal tu..aku suka tengok hagemaru..jaja yang ajar aku tengok cerita tak bermoral ni..dalam cerita ni kan, ada satu segmen dia akan bagitau tentang 10 perkara terpelik yang terbaik..memang pelik...bila tengok apa perkara-perkara tu, rasa nak lempang diri sendiri sebab kenapa kau pergi tengok cerita kartun tak bermoral ni!!..

okay, siapa tiada astro boleh tengok di youtube...

aku pun ada jugak perkara terpelik yang terbaik punya minggu ni..tapi tak tau lah berapa banyak..tapi tak sebodoh hagemaru punya perkara terpelik lah..dan tak kelakar pun..cuma pelik jer..jom kita mulakan..

yang pertama:

malam tadi aku tidur tanpa menutup lampu-lampu di rumah..tidur di dalam keterangan..bukan sahaja tidur di dalam keterangan bah kan, tidur di dalam kebisingan, lupa nak tutup radio tv, tapi aku lena..pelik..pelik..

yang kedua:

semalam aku chatting dengan angah..berbual-bual tentang baju raya..excited benar...tiba-tiba perbualan kami berlangsung dalam bahasa nogori sombilan..pelik..pelik..tapi benar tau..lain macam jo raso..

yang ketiga:

sedang saya berbaring-baring kemalasan di dalam bilik, jam menunjukkan pukul 10.30mlm, tiba-tiba mendapat panggilan dari pelajar mengatakan mereka mahu membuat kerja di studio di kolej...aiyoo!!..apasal awak tak bagitau masa pukul 1pagi ke, 2pagi ke...dah malam-malam pulak diorang rajin nak buat kerja..pelik..pelik..

yang keempat:

aku rupanya sangat boleh berdikari..sangat!!..dah hampir dua minggu duduk bersendirian di kuartes tanpa teman serumah..aku tidak mati kelaparan, tidak mati kesejukan, tidak mati ketakutan..hahahaa..aku berani!..yeah..pelik!

yang kelima:

perkara ini sedang berlaku..kami sedang bekerja di dalam bilik, sedang membincangkan tentang aktiviti yang akan dijalankan di kolej, tiba-tiba sekumpulan pelajar datang dan terus membentangkan hasil tugasan mereka..pelik!..sebelum itu, terima satu panggilan daripada orang awam yang mahu belajar separuh masa subjek Lukisan Kerja..subjek aku!..tapi, kolej ini tidak menawarkan separuh masa..pelik!..pelik!..

yang keenam:

tadi rasa macam nak celoteh banyak, tiba-tiba dah tak da idea...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...