Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 6, 2010

apa ngorat2 I ni...

orang selalu kaitkan kan perempuan dengan bunga...bagi lelaki yg gentlemen, mereka nak mengurat perempuan mesti guna bunga, cokelat, atau teddy bear..(gentlemen ke, kalau gentlemen bawak rombongan merisik terus lah)..okay, ni aku cakap nak mengurat..tau tak mengurat, bukan betul2 kan urat ke apa..

tapi itu lelaki gentlemen, aku tak tau lah apa beza lelaki yg gentlemen dengan tidak, kalau perempuan pulak, apa eh?..perempuan yg ladies mungkin...

bagi lelaki yang tidak gentlemen pula, biasa mereka akan mengurat perempuan dengan menggunakan deria2 yg ada pada anggota badan mereka..kiranya mereka ini lagi bagus..bagus dari segi mereka mensyukuri nikmat yang Tuhan kurniakan kepada mereka..yang lelaki gentlemen tadi hanya tau membazir saja..mungkin selepas dah berkahwin, mereka sudah tidak mahu berbelanja untuk perempuan yang ladies itu..alasan mereka, masa mengurat dulu dah dapat!..

okay, antara cara-cara lelaki tidak gentlemen mengurat adalah melalui deria bunyi..banyakkan dengar kat tepi-tepi jalan kalau perempuan yang ladies ni berjalan sendiri atau dalam sekumpulan perempuan, kalau bersama bapa, mungkin tiada bunyi kedengaran..

seterusnya deria bau..kebiasannya lelaki tidak gentlemen akan sentiasa membawa perfume mereka ke mana sahaja, sebab untuk menarik perhatian lah konon..tapi cara ni, lelaki gentlement pon pakai..tapi mereka pakai yang tahan 2hari punya, mereka tak bawak perfume ke mana-mana..lelaki tidak gentlemen pula akan serta merta spray ketiak atau mulut mereka bila awek dah hampir sampai 5meter lagi..teruk kan..

dan terakhir deria penglihatan..kalau lelaki gentlemen akan memakai cermin mata hitam, kalau boleh nak jadi buta terus lah, baru nampak macho, lelaki tidak gentlemen pula akan menutup sebelah mata untuk mengorat perempuan yang ladies..tak tau lah apa kena mengena kenyit mata sebelah dengan mengorat..bukan perempuan tu nampak pun..

CHAK!..wink*wink*

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...