Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 7, 2010

lelaki lagi boros

petang tadi kat kolej ada taklimat tentang pengurusan kewangan oleh AKPK, taklimat disampaikan oleh jejaka bernama en.mansor dari AKPK cawangan Melaka..seronok sekali mendengar taklimat yg disampaikannya, perkataan yang keluar dari mulutnya pun satu-satu, jelas dan faham..ini baru penyampai yang bagus, dia kaunselor mungkin di AKPK tu..

apa?..tak tau AKPK tu apa?...korang tak tengok iklan kat tv ke apa?..alaaa...aku simple kan je lah, AKPK ni dia satu agensi di bawah bank negara yang mana ia menawarkan khidmat rundingan kewangan, macam mana kita nak control kewangan, tapi bukan lah semudah yang aku explain ni..aku bagi contoh lah...korang ada masalah kewangan, sebab banyak buat loan kat bank itu, bank ini, loan kereta lagi, credit card lagi, bayar hutang macam2 kan (tapi bukan masalah kewangan macam tak cukup duit nak beli topup ke apa)..jadi, bila korang ada masalah-masalah macam ni, korang boleh dengan rela hati merujuk ke agensi ni untuk mendapatkan khidmat rundingan secara percuma..PERCUMA tau...tiada bayaran..khidmat yang ditawarkan adalah secara kaunseling, korang cerita lah macam-macam kat kaunselor tu, diorang akan dengar dan akan cuba menyelesaikan masalah korang..antara jalan penyelesaiannya, agensi ini akan cuba memohon pengurangan bayaran bulan-bulan hutang korang yang berlambak kat bank-bank yang korang dah pinjam tu..bukan kurang kan jumlah pinjaman korang tau...yang tiap-tiap bulan tu je dia akan kurang kan..contohnya, kalau korang punya ansuran kereta, sebulan rm570, mungkin selepas korang pergi jumpa agensi ni, korang hanya perlu bayar, rm200 je..tapi, jumlah pinjaman tetap sama lah..cuma korang akan ambil masa lama untuk langsaikan loan tersebut..untung bagi korang, untung bagi bank..dan, agensi ni dia bertindak sebagai orang tengah..mana boleh korang sesuka hati mintak kat bank untuk kurang kan ansuran bulanan korang kan...
tapi, khidmat ini hanya boleh digunakan sekali seumur hidup korang je...maknanya, korang pandai-pandai lah pikir bila nak cari AKPK ni...kalau dah dekat-dekat nak muflis tu, boleh lah cari diorang..

begitu lah sedikit sebanyak penerangan tentang AKPK...

berbalik kepada tajuk asal kita, dalam taklimat tu, en.mansor tersebut ada lah menyatakan tentang, 'lelaki muda lebih boros dari wanita muda atau tua'...aku SETUJU 100%...eceh..padahal, dia gaji tak sampai 5hari dapat, dah habis..haha..

iye lah, mana taknya, lelaki muda memang boros pun, cuba korang banding kan, perempuan shopping kalau boleh nak hari2..bukan shopping di hari-hari (selamat datang..selamat datang..selamat datang..hari-hari dekat tempat aku akan bergema-gema selamat datang dia kalau ada orang datang, annoying!). hari ni beli tudung, esok beli anak tudung, lusa beli keronsang, tulat beli baju sehelai..ha, macam tu lah..alaa, semua murah-murah..anak tudung tu rm5 boleh dapat..kalau lelaki, sekali makan dah rm6..perempuan, tak makan tak apa..

lelaki pulak, memang lah diorang shopping sebulan sekali, kadang-kadang 2bulan sekali..sebab apa?..sebab diorang nak beli yang mahal terus..kalau kemeja tak sampai rm100, tak nak beli..ape hal kau ni?..ada tau lelaki macam ni..tak semua ah..tapi kebanyakkannya..itu sebab aku kata, lelaki lebih boros..padahal, sehelai kemeja dia tu, harga sama macam 5helai tudung syria aku..aku boleh pakai tiap2 hari..kemeja mahal dia tu nak ke pakai hari2?..mesti taknak kan..haha..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...