Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, January 30, 2011

DAY 2 : RANDOM 10 DAY CHALLENGE!

MARI MASUK HARI KEDUA.....

Day 2: Nine Things You Can’t Live Without
oh, untuk menjawab cabaran kedua ini, aku nak buat kelainan sikit. semalam, cabaran pertama, aku jawab dalam bentuk point form kan. kali ni, aku nak bercerita pulak. kalau korang sanggup baca 9cerita aku pasal perkara yang aku tak boleh hidup tanpanya, terus kan..hehehe....
okay, yang pertama aku tak boleh hidup tanpa AIR. ye benar! tanpa makanan aku masih mampu untuk hidup selama 3hari. maksimum! tapi tanpa air setengah hari pon dah boleh flat..air jenis apa, tak kisah lah..air sejuk ke, manis ke, panas ke, semua layan. air tak masak je yang aku tak minum. aku nak share satu cerita, yang mana aku pernah tak makan nasi selama 3 hari!!..tapi masa tu aku bukan dalam program diet ke apa. tapi aku memang takde selera dengan makanan2 berat. aku cuma minum air dan makan makanan ringan macam maggie, biskut, coklat. itupon dalam kadar yang sedikit..tapi aku masih mampu bertahan sebab ada air..air itu penting okay..aku rasa pon semua orang tak boleh hidup tanpa air kan.
perkara kedua yang aku tak boleh hidup tanpanya adalah INTERNET. hehe..yang ni serius punye tak boleh tak ada. boring lah kalau tak ada internet. sebab bukan setiap saat kita bersama dengan kawan kita, bukan setiap saat kita bersama keluarga. jadi waktu kita seorang diri tu, bosannya lah kalau tak buat apa2 atau hanya tengok tv je kan. kadang2 aku sanggup menghadap internet lebih lama dari menghadap tv. alaah, korang pon mesti tau kan, kita boleh buat macam2 dengan internet, bukan berkawan je, tahu isu semasa, hiburan, shopping dan macam2 lah..lebih2 lagi bila sekarang ni dah bekerja kan, bekerja pulak sebagai pengajar, mestilah kena tambah pengetahuan2 am kan, sumber paling senang internet. rasanya semua orang perlukan internet sekarang. terutama pelajar, businessman, budak kecik pon tau bosan kalau takde internet..hehe..
yang ketiga, adalah KERETA. dulu takpe..aku tak kesah kalau takde kereta, time kat U, sanggup jalan kaki dari kolej ke fakulti walaupon jauhnye 10km ke, jalan berbukit ke, aku sanggup..tapi sekarang tak lagi..takde kereta rasanya tak leh hidup..orang kata, patah kaki lah..aku ada satu cerita, kalau korang ingat lagi pasal entry INI.. huhu..memang masa tu patah kaki ah!tiap2 hari rasa macam diri tak berguna sebab asyik menyusahkan orang je kan..tapi dulu time study tak pikir plak menyusahkan member tumpang kereta ke apa kan..haha..
seterusnya, aku tak boleh hidup tanpa RESTU IBU BAPA..memang lah kadang2 tu aku pernah tidak bercakap benar, bukan menipu yer..lain..sebab masa tu, aku nak keluar dengan Mr. F, aku bagitau mak ayah aku nak keluar dengan kawan..betul lah tu kan.,Mr.F tu kan kawan aku jugak..cuma aku tak berkata benar siapa kawan aku tu..itu jer..hehe..tapi, setiap kali aku tidak berkata benar tu, hati mesti rasa tak sedap je..kalau tengah keluar dengan Mr.F time tu, mesti rasa nak balik cepat jer..yelah orang dah buat salah kan..kalau memang betul2 keluar dengan kawan, balik lambat pon tak rasa bersalah..haha..iye!restu ibu bapa itu penting ye adik2..kalau nak keluar rumah pergi mana2, mesti bagitau mak ayah, kalau mak ayah takde kat rumah, sms mereka..kan senang..baru hati senang kalau nak keluar atau buat apa..hehe..
kelima..ermm apa ye?oh, tidak boleh hidup tanpa MATAHARI..hehe..eh, betul lah!walaupun kita tiada kuasa untuk menghalang apa yang bakal terjadi..tapi maksud aku disini, aku tak boleh hidup kalau dunia kita gelap, hanya malam sahaja, tanpa cahaya..sebab malam bagi aku tiada kehidupan..sekarang ni lah, jangan compare time study dlu..kalau dulu, siang malam takde beza,,kadang2 tu time study dulu tak sabar2 nak malam sebab time malam lah baru ada semangat nak buat keje kan..kalau dulu, prinsip hidup memang life start at night lah..haha..tapi tidak lagi sekarang, kalau malam je, boring..lepas isya', terus tidur..boring kan..itu sebab aku kata tak boleh hidup tanpa matahari..dan sekarang, aku memang sangat jarang tidur waktu siang, sebab rasa macam membuang masa dan merugikan jer..hehe..
keenam..aku tak boleh hidup tanpa MUZIK..hidup rasa boring kalau sekeliling kita sunyi. rasa macam, eh dah nak kiamat ke apa?..kadang2, kalau takde sumber2 yang boleh mengeluarkan muzik, aku sendiri yang akan membuat bunyi2an..hehe..okay, ni sebenarnye tak berapa penting sangat..tapi, termasuk jugak lah dalam list perkara yang tak boleh tak ada kan..
ketujuh, 
kelapan,
kesembilan,
boleh x, ketiga2 ni aku combine kan menjadi satu..disimpulkan, aku tak boleh hidup tanpa IMAN di dada..tanpa ajaran AGAMA yang sempurna, tanpa RAHMAT dan PETUNJUK ILAHI..benar, kita sebagai umat Islam hendaklah hidup di muka bumi dengan berpandukan ajaran agama, al-quran dan as-sunnah..jiwa kita berasa kosong tanpa semua2 ini...segala kebendaan kita boleh dapat dengan mudah di dunia. tetapi keredhaan Allah hendaklah kita cari..baru lah sempurna hidup kita sebagai hambaNya. sebenarnya tak mati pun takde kereta, muzik, internet, duit, handphone apa semua tu, kalau kita ikhlas dalam menjalani kehidupan di muka bumi ini..dan............
kita sambung esok hari dengan cabaran seterusnya..hehehe...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...