Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, January 31, 2011

DAY 3 : RANDOM 10 DAY CHALLENGE!

HI THIRD DAY

Day 3: Eight Places You Want To Visit
 KASHMIR
SIPADAN ISLAND
 KASHMIR again
KOREA
 SWITZERLAND 
FUJI MOUNTAIN 
 SWITZERLAND again
MASJIDILHARAM

Sunday, January 30, 2011

DAY 2 : RANDOM 10 DAY CHALLENGE!

MARI MASUK HARI KEDUA.....

Day 2: Nine Things You Can’t Live Without
oh, untuk menjawab cabaran kedua ini, aku nak buat kelainan sikit. semalam, cabaran pertama, aku jawab dalam bentuk point form kan. kali ni, aku nak bercerita pulak. kalau korang sanggup baca 9cerita aku pasal perkara yang aku tak boleh hidup tanpanya, terus kan..hehehe....
okay, yang pertama aku tak boleh hidup tanpa AIR. ye benar! tanpa makanan aku masih mampu untuk hidup selama 3hari. maksimum! tapi tanpa air setengah hari pon dah boleh flat..air jenis apa, tak kisah lah..air sejuk ke, manis ke, panas ke, semua layan. air tak masak je yang aku tak minum. aku nak share satu cerita, yang mana aku pernah tak makan nasi selama 3 hari!!..tapi masa tu aku bukan dalam program diet ke apa. tapi aku memang takde selera dengan makanan2 berat. aku cuma minum air dan makan makanan ringan macam maggie, biskut, coklat. itupon dalam kadar yang sedikit..tapi aku masih mampu bertahan sebab ada air..air itu penting okay..aku rasa pon semua orang tak boleh hidup tanpa air kan.
perkara kedua yang aku tak boleh hidup tanpanya adalah INTERNET. hehe..yang ni serius punye tak boleh tak ada. boring lah kalau tak ada internet. sebab bukan setiap saat kita bersama dengan kawan kita, bukan setiap saat kita bersama keluarga. jadi waktu kita seorang diri tu, bosannya lah kalau tak buat apa2 atau hanya tengok tv je kan. kadang2 aku sanggup menghadap internet lebih lama dari menghadap tv. alaah, korang pon mesti tau kan, kita boleh buat macam2 dengan internet, bukan berkawan je, tahu isu semasa, hiburan, shopping dan macam2 lah..lebih2 lagi bila sekarang ni dah bekerja kan, bekerja pulak sebagai pengajar, mestilah kena tambah pengetahuan2 am kan, sumber paling senang internet. rasanya semua orang perlukan internet sekarang. terutama pelajar, businessman, budak kecik pon tau bosan kalau takde internet..hehe..
yang ketiga, adalah KERETA. dulu takpe..aku tak kesah kalau takde kereta, time kat U, sanggup jalan kaki dari kolej ke fakulti walaupon jauhnye 10km ke, jalan berbukit ke, aku sanggup..tapi sekarang tak lagi..takde kereta rasanya tak leh hidup..orang kata, patah kaki lah..aku ada satu cerita, kalau korang ingat lagi pasal entry INI.. huhu..memang masa tu patah kaki ah!tiap2 hari rasa macam diri tak berguna sebab asyik menyusahkan orang je kan..tapi dulu time study tak pikir plak menyusahkan member tumpang kereta ke apa kan..haha..
seterusnya, aku tak boleh hidup tanpa RESTU IBU BAPA..memang lah kadang2 tu aku pernah tidak bercakap benar, bukan menipu yer..lain..sebab masa tu, aku nak keluar dengan Mr. F, aku bagitau mak ayah aku nak keluar dengan kawan..betul lah tu kan.,Mr.F tu kan kawan aku jugak..cuma aku tak berkata benar siapa kawan aku tu..itu jer..hehe..tapi, setiap kali aku tidak berkata benar tu, hati mesti rasa tak sedap je..kalau tengah keluar dengan Mr.F time tu, mesti rasa nak balik cepat jer..yelah orang dah buat salah kan..kalau memang betul2 keluar dengan kawan, balik lambat pon tak rasa bersalah..haha..iye!restu ibu bapa itu penting ye adik2..kalau nak keluar rumah pergi mana2, mesti bagitau mak ayah, kalau mak ayah takde kat rumah, sms mereka..kan senang..baru hati senang kalau nak keluar atau buat apa..hehe..
kelima..ermm apa ye?oh, tidak boleh hidup tanpa MATAHARI..hehe..eh, betul lah!walaupun kita tiada kuasa untuk menghalang apa yang bakal terjadi..tapi maksud aku disini, aku tak boleh hidup kalau dunia kita gelap, hanya malam sahaja, tanpa cahaya..sebab malam bagi aku tiada kehidupan..sekarang ni lah, jangan compare time study dlu..kalau dulu, siang malam takde beza,,kadang2 tu time study dulu tak sabar2 nak malam sebab time malam lah baru ada semangat nak buat keje kan..kalau dulu, prinsip hidup memang life start at night lah..haha..tapi tidak lagi sekarang, kalau malam je, boring..lepas isya', terus tidur..boring kan..itu sebab aku kata tak boleh hidup tanpa matahari..dan sekarang, aku memang sangat jarang tidur waktu siang, sebab rasa macam membuang masa dan merugikan jer..hehe..
keenam..aku tak boleh hidup tanpa MUZIK..hidup rasa boring kalau sekeliling kita sunyi. rasa macam, eh dah nak kiamat ke apa?..kadang2, kalau takde sumber2 yang boleh mengeluarkan muzik, aku sendiri yang akan membuat bunyi2an..hehe..okay, ni sebenarnye tak berapa penting sangat..tapi, termasuk jugak lah dalam list perkara yang tak boleh tak ada kan..
ketujuh, 
kelapan,
kesembilan,
boleh x, ketiga2 ni aku combine kan menjadi satu..disimpulkan, aku tak boleh hidup tanpa IMAN di dada..tanpa ajaran AGAMA yang sempurna, tanpa RAHMAT dan PETUNJUK ILAHI..benar, kita sebagai umat Islam hendaklah hidup di muka bumi dengan berpandukan ajaran agama, al-quran dan as-sunnah..jiwa kita berasa kosong tanpa semua2 ini...segala kebendaan kita boleh dapat dengan mudah di dunia. tetapi keredhaan Allah hendaklah kita cari..baru lah sempurna hidup kita sebagai hambaNya. sebenarnya tak mati pun takde kereta, muzik, internet, duit, handphone apa semua tu, kalau kita ikhlas dalam menjalani kehidupan di muka bumi ini..dan............
kita sambung esok hari dengan cabaran seterusnya..hehehe...

Saturday, January 29, 2011

DAY 1 : RANDOM 10 DAY CHALLENGE!

Day 1: Ten Things You Wanted/Want To Be When You’re Older
a < businesswoman
b < professor
c < isteri solehah
d < ibu mithali
e < PhD holders
f < have its own brand
g < an inspiration to someone 
h < motivator
i < muslimah sejati
j < the cool one granny LoL 

hahaha...the sequence is not put on priority ...mana yang terlintas jer...okay, tomorrow we continue with 2nd challenge ya!!..stay tune~~

RANDOM 10 DAY CHALLENGE!


Day 1: Ten Things You Wanted/Want To Be When You’re Older
Day 2: Nine Things You Can’t Live Without
Day 3: Eight Places You Want To Visit
Day 4: Seven People Who Inspire You, and Why?
Day 5: Six of Your Favorite Books
Day 6: Five Things You Can Eat…
Day 7 :Four Songs That Describe You Life Right Now
Day 8 : Three Favorite Cartoon Characters
Day 9 : Two Movies You Absolutely Love
Day 10 :One Quote That Describes Your Life Right Now

Okay, aku akan berusaha untuk buat entry bagi setiap tajuk di atas..hehehe..macam menarik!..aku ambik ni dari tumblr member aku (do visit and follow her..=P )

Friday, January 28, 2011

miscommunication punye pasal!!

adoilaa..mati aku!!tu lah, orang2 lama dah cakap, terlajak kata memang buruk padahnya!!!bila dah terkena batang hidung sendiri, baru lah rasa nak sepak je org yang suka2 ubah peribahasa ni jadi terlajak type boleh delete lah, terlajak nyanyi boleh pause lah..ni memang betul2 punya terlajak ni!!sampai kau rasa nak muntah hijau tak tau nak letak muka kat mana...

adoilaa..salah aku ke?salah budak tu ke?entahlah..macam mana nak start kongsi cerita ni..

okay, macam ni lah..aku bagi msg kat budak tu

aku: awak, ada masa free tak hari ni?boleh tolong saya cari quotation untuk alat2 muzik tu hari ni. ambik yang standard jer...

okay, itu msg yang aku hantar kat budak tu..apa yang korang paham?..aku nak quotation alat muzik kan..maknanya sebut harga kan..

then, setelah beberapa jam tunggu, budak tu call aku kata dia dah dapat harga untuk alat2 muzik tu.. RM6000++..then aku kata, boleh dapat lagi murah x?..sebab kita nak compare harga dengan kedai2 lain..

tungu punya tunggu, budak tu msg aku

dia: barang dah dapat, harga paling rendah dia bagi RM 5300, nak ambik barang tu malam ni pon boleh!

aku: eh!jgn ambik dulu..saya cuma nak tau harga jer..

dia: alamak, macam mana ni!barang dah order..

GULP!!!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

dia: boleh tak call org tu..saya tersilap bagi information!

aku:......adoilaa..mati la aku!!

then, untuk tidak mencelarukan lagi keadaan, aku pon call lah org tu..terang kan hal sebenar yang sebenarnye, aku baru nak cari harga alat muzik sebab nak hantar kat pihak atasan blablabla...bile duit dah turun, baru confirm nak amek alat tu..pastu orang tu maybe macam bengang lah kan, mana taknye, budak tu cakap lain, aku cakap lain, dia kata macam ni, skang member dia tengah on the way hantar barang tu kat tempat dia, so, dia simpan dulu barang tu, bile dah dapat duit, dia soh aku terus ambik

mak aih!!!!ko ingat duit boleh dapat sehari dua???!!!mati lah ku, mana nak cari duit RM 5300 malam2 buta ni.....


 MORAL OF STORY: jangan memandai buat kefahaman sendiri..lalalala...

p/s: nasib baik orang tu tak marah aku, sebab aku kan perempuan..hehehehehehehehehehe...

KALAU TAK PUAS HATI, CAKAP DEPAN2 LAH DER..

assalamualaikum......

selalu terbaca status2 kawan di facebook yang macam2 ada!
lepas geram!
menyampah!
suka!
benci!
sakit hati!
geram!
rindu!
poyo!
berlagak!
riak!
takbur!
dan sebagainya lah..

kadang2 tu, bila terbaca, kita pon turut sama teremosi..tapi bukan emosi yang sama dengan status orang tu post kan..malah, emosi yang lebih menjengkelkan (annoying)!
kita pon lepas tu apa lagi, panggil member sebelah meja

"huh!cube tengok status si polan ni, poyo gile, belagak nak mampus!ingat dia sorang je ada awek?!"

"try test suruh dia cakap dekat dalam bilik ni yang dia ada awek cun giler kalah isteri Ketua Menteri Sarawak tu?"

sure tak berani punya tu..kalau tak penakut pon, pemalu!
ramai yang macam ni kat facebook kan..kalau macm contoh kat atas tu, okay lagi..maybe dua orang member yang tak puas hati dengan mamat poyo tu jeles agaknye sebab diorang tak de awek.. HAHAHA...

tapi ni kalau kes yang memaki hamun orang, kes lepas geram tak memasal kat orang lain, kes mengutuk mengumpat member baik sendiri, kes tak puas hati dengan rakan sekerja..alah! ramai yang macam ni..biasa lah, kita manusia biasa, nilai kemanusiaan tinggi dalam diri masing2, kalau nak sembur depan2 tu, memang tak berani lah kan!lain lah kalau dia tu berpengaruh besar! sekali dia sound orang yang dia tak puas hati tu depan2, sure 10 orang lagi bagi kata2 semangat kat belakang!yang ni dah sampai tahap hati kering!..tak peduli perasaan orang kan..tak baik macam tu..

jadi, sekarang ni facebook dah jadi medium untuk orang melepaskan apa2 sahaja perasaan.. mana yang tak suka dengan status2 beremosi tersebut, buat tak tau je lah..bukan diorang mengancam ekonomi negara ke apa kan..kalau dah tak tahan sangat mata tu tengok ayat2 yang super duper poyo! delete je lah dia dari friend list korang.. dalam FB pon kita kene hormat each other, walaupon masa sign up FB dulu tak de pon T&C tak bagi marah2 orang kan..tapi, kang kalau korang maki hamun orang yang post tah apa2 tu kat FB, sekali dia buat fan page untuk benci korang, macam mana??..HAHA..lagi haruu..

contoh2 status yang tak puas hati, tapi hanya mampu post di FB

kalau berani, gi jumpa ana rafali tu , cakap depan2 lah der!

suke lah tu, ramai kawan Like and Comment kaan..hee..

hah!! ada pon page ni..ahahahaa...


~BYE~

Tuesday, January 25, 2011

TENSION!

HAI
assalamualaikum
kalau kita tertekan, biasanya kita buat apa?
makan?
tido?
shopping?
jerit?
mengadu kat kawan?
bunuh diri?

aku tak tau nak buat apa kalau aku tension!
biasanya aku akan diam jer dan buat muka ketat!
tapi disebabkan tahun ni aku telah berazam tak nak buat muka ketat dah, sebab nanti aku bertambah tension bila orang panggil aku muka ketat,
jadi, aku tak tau nak buat apa kalau aku tension!
diam je pon lagi tension!masalah tu tak kan selesai kalau kita berdiam diri

kenapa kita mesti tension?
apa yang buat kita tension?
kenapa istilah tension tu wujud?
siapa yang suka tension?
AAAARRGGHH!!!
TENSION LAH!!


Sunday, January 23, 2011

najwa latif


serious, I do love this one damn much than the original singer (bruno mars)..
mungkin sebab dia ni dak kicik yang talented habis!..
"alaa, ramai je kan artis2 perempuan nowadays yang dah pandai nyanyi sambil petik gitar"
iyee!, tapi shes different..dia ada style dia sendiri kot!
beside pandai main gitar, suara dia pon not bad!sedap je dengar..
lagi2, kalau dia nyanyi lagu omputeh kan..
mak aih! laju je sebutan dia kan..
"laa, mestilah sebab ada lyric depan dia"
memang lah, tapi kalau ko nyanyi siap ada lyric macam kat karoke tu pon, ko tergagap jugak kan..mencungap ko nak kejar sebijik2 lirik tu!

FYI, dia baru 16y/o, if i'm not mistaken..from batu pahat, johor and study at temenggong ibrahim girl school! woa!!mesti ramai girl2 kat sekolah tu yg jeles dgn dia kan..haha..

dia ni pon baru je buat show dekat UKM semalam..kat kolej amin..
time aku study kat UKM dulu, band Hujan yang datang
aisy!UKM ni suka panggil org2 macam ni buat show tau..
hehe..good jobs guys!
at least xde lah org ingat UKM tu tak happening kan..kan..kan..

actually, banyak dah lagu2 fofular yang dia dah buat cover..boleh check it out kat channel you tube dia

dan ada satu lagu yang dia tulis sendiri..best jugak..

last but not least, aku harap dia ni tak yah lah kot nak ikut jejak langkah macam yuna ke, zee avi ke, anna rafali ke, sesiapa je lah yang seangkatan dengannya..
bukan tak nak tengok bakat dia berkembang, tapi orang lagi suke tengok dia macam sekarang ni.. still boleh dapat duit kan kalau buat show skit2..
bukan apa, takut kalau dia dah masuk dalam bidang seni(artis), dia jadi tak best dah! sebab macam diorang ni hipokrit kan!..lepas tu nanti asyik keluar cerita personal jer..
tapi, terpulang lah pada dia dan family dia kalau nak dia memperjauhkan lagi bakat yang dia ada..
kau ni shida kenapa nak halang2 orang lain plak??
=P

oh kay!, ni last, kalau nak follow blog dia ada link kat sebelah ni part kegemaran aku tu..lalalalalalala....

~chow~ 

eh, jap!..nanti kalau aku kahwin, nak panggil dia nyanyi kat kenduri aku, okay x??
hehe..

~bye~

Saturday, January 22, 2011

Borak2 kopitiam

aku tumpang gembira dengan kejayaan kawan baik aku yang baru je buka kedai kopitiam di port dickson. tak sampai sebulan lagi kedai tu di buka. 31dec2010 lepas diorang launching kopitiam tersebut.

baru hari ni aku berkesempatan pergi test makanan2 kat kopitiam tersebut..hehe...macam aku ni terror je kan nak jadi tester konon..lagipun, semalam birthday dia, so sambil makan2 tu boleh sambut birthday dia sekali..hee..buat kecil2an jer..just kitorang berempat jer..happy 25th mummy rayyan!!

so, untuk support business member, aku recommend kat korang (siapa korang ek? =P) untuk try test or lepak2 kat kopitian diorang kalau2 korang pergi PD ke apa kan..kopitiam tu kat dalam Giant Lukut. baru lagi Giant tu..kalau dari tepi jalan memang nampak lah kopitiam dorang ni..memang strategik tempat!

ada macam2 menu makanan, tadi kitorang makan meehun sup dengan fish and chips..meehun sup dia memang sedap!tapi aku tak rasa sebab ada orang tu makan sampai tak ingat aku kan.. =(..

nampak macam best jer kan bila dah ada business sendiri. jadi big boss!huhu..tapi bile dah jadi tu, baru tau sakit kepala mcm mana..hoho..dekat 2jam jugak lepak dengan dorang tadi macam2 cerita dorang pasal mcm mane memula nak bukak kopitiam tu..fuh!!


happy birthday lalink!!

khas untuk ko, bagi menambahkan berat badan..ihiks!

happy birthday mummy~~

tunggu lilin mati sendiri..hiks!

yeay!!

bismillah...

keras ke yunk ice cream cake tu?..haha..bersungguh2 potong!
eeeyyaaghh!!

hah! dtg pon si suami tolong potong..haha..cake tu baru keluar dr freezer lah yunk..

peace...v...see you again girlfriend!

Thursday, January 20, 2011

roti thaipussam @ thaipussam bread

Bismillah....

hai..petang tadi satu sesi masak memasak, bakar membakar telah dijalankan sempena mengisi kekosongan aktiviti di hari thaipussam..sepatutnya hari ni nak pergi PD, jumpa BFF..tapi Mr.F ada kerja plak..heii!cuti2 pun kerja ke...hurrmm...

jadi seperti yang diwar2kan pada entry lepas, nak buat roti plakkan kali ini..jadi..... lets check it out bebeh!!
pakcik makcik, kakak abang, jom tengok recipe simple kitorang ni..oh!kali ni nama roti dia apa eh..ermm..takde nama lah..roti kosong jer..eh, bukan roti canai kosong tu, takde aktiviti tebar menebar pon..
tapi, kali ni kakitangan hanya dua orang sahaja, jaja tidak hadir sebab tengah bercuti sama keluarganye..

pastikan semua barang2 mencukupi..oh limau raya cine tu tak perlu sangat, hanya untuk makan2 sambil buat roti, gong xi..gong xi..limau murah..limau murah..heh!!sape cakap limau murah?memang nak kena pukul!

memula timbang tepung gandum jenama blue key sebanyak 250g

ayak tepung tersebut supaya mendapatkan hasil yang haluuuuuusss....

masukkan 1kg tepung roti pula

murah jerr...

kemudian timbang pula gula castor sebanyak 150g pula

campurkan gula castor tadi bersama yeast+susu segar sebanyak 1/4L+air 1/4L
five star yeast!

susu segar farmhouse!

masukkan 3biji telur kedalam capuran yeast tadi dan kacau

campurkan campuran yeast tadi dengan tepung yang telah diayak, yak!yak!

 dan seterusnya masukkan ke dalam mesin penggaul..putar selama 10minit!

sediakan shortening sebanyak 100g

 pastikan shortening yang anda beli adalah shortening untuk roti yer..

gaulkan shortening tadi bersama tepung yang telah diputar dan menjadi doh!

hah!..innalillah..hehe..ini untuk mengembangkannya..

see!..kembang semangkok kau!..oh ye, kain putih itu pastikan lembab yer..dan doh mestilah kembang sebanyak 2kali ganda..

dalam pada tunggu doh kembang, sediakan gliss, dua biji telur dan 1/4L susu segar

kacaukacaukacau

hah!!dah sedia untuk dipintalpintal..

sediakan peralatan yer...

mari memintalmintal

hahaha!!buat nama sendiri!choc chip dengan badam tu hiasan jer..

hah!jenuh buat bulat..dalam dia ada choc chip dengan badam tau

bakar dalam oven!

sila beratur ye untuk masuk dalam oven

hah!!siap nyumnyum...

diharap tak perlu lah nak ikut sangat recipe ni..tak menjadi sangat puun sebenarnye..haha..minum petang tadi pon last2 dengan limau raya cine jer..wahahaha...

see ya next time dengan recipe2 yang lebih mencabar..
(^_^)v



Monday, January 17, 2011

ice cream cake

ini last week punye cerite..hari ahad lepas saya teman mak saya pergi kenduri kahwin di seremban, rumah kawan mak saya..fuiyooo!!kenduri kahwin tu punye lah ramai giler orang!khemah rasanya penuh satu row taman tu..kalau nak berjalan memang dari rumah corner lot hujung ni ke rumah corner lot hujung tu..memang tabik spring kat tuan rumah yang sanggup buat kenduri macam tu!then, time tgh syok2 makan, angah message

"dik, cepat lah balik"
"kenapa?tengah makan ni"
"akak ada idea nak buat apa petang ni"
"apa dia?"
"akak nak buat cake icecream..ko kena tolong akak, cepat skit balik"
"ermm..ye lah..ye lah.."

then, lepas makan2, jumpa kawan mak, terus balik..tukar2 baju terus pergi kedai cake beli barang2 yang dikehendaki..oh ye!si kecik jaja tu pon ada. dia, kalau bab2 buat kuih ke, kek ke, dia memang suke..mesti kena amek port!..selesai pilih2 barang, balik dan operasi bermula..yeeehaa!!!okay, kakak2, abang2, pakcik2, makcik2 yang nak belajar buat simple cake ice cream, meh get ready utk amek recipenye yer..heee..

perisa pilihan, nestle chocolate+vanila 

hololololololo...

1st : pukul putih telur

sampai kembang macam ni

2nd : masukkan gula halus sedikit demi sedikit..hai ja!

pukul lagi dan lagi dan lagi sambil memasukkan beberapa biji kuning telur pula, kunig telur mesti lagi banyak dari putih telur..yang lebih putih telur tu boleh buang jer..

dalam masa yang sama pukul mentega yer..

3rd : masukkan mentega tadi ke dalam telur tadi

pukulpukulpukul..sambil masukkan tepung buat cake

sediakan ice cream..1st chocolate+serbuk coco

campurkan ice cream tadi dgn 1/2 adunan tepung+telur tadi

sediakan pula ice cream vanila dicampurkan dengan 1/2 adunan tepung+telur tadi, pastikan bekas berasingan untuk kedua-dua ice cream ni yer...

untuk vanilla ni, campurkan pewarna kuning

ye, macam ni lah jadinya..eh, belum siap lagi....

masukkan yang chocolate dulu ke dalam acuan, ratakan..

masukkan dalam oven
sementara menunggu, pastikan anak anda berada dalam keadaan selamat..hikhik..tu bukan anak aku, anak buah aku..=)ini lah tempat mak aku buat projek kuih...=)

okay!10 minit jer..keluar kan..

penyek2 kan..eh, bukan!mendap2 kan..

sapukan pula vanila di atasnya..

done!!erk..macam pelik je kan..

okay, kite terbalik kan dia.taraaa!!!

nyumnyum...lembuutt jer...

hehehe...rupa takde, rasa ada...

next week kita buat roti pulak!..oh yea!segala sukatan dan anggaran tidak dinyatakan di atas..haha.. (^_^)v

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...